Pada petang 6.1.2011 jam 5.30 petang kami berempat bertemu di Capati Corner, Simpang Chenderiang , Temoh, Tapah, tak sangka-sangka Roslan mengajak kami makan capati di situ, setelah lama kami tidak makan capati bersama-sama.Mujurlah Jaja dan Zu dapat hadir bersama, selalunya susah nak berjumpa serentak kerana terlibat dengan urusan masing-masing.Seronok rasanya sambil makan dan minum, kami sempat bersembang-sembang, disamping itu sesekali bergurau senda.
Seperti biasa disebabkan terlewat kami tidak dapat merasa kari daging kambing, cuma yang tinggal hanyalah kuahnya sahaja, namun itu bukan jadi masalah kerana ayam masala, kuah dal, kuah kari kambing dan kuah sardin masih boleh dijadikan kuah capati, apa yang pentingnya kami dapat berkumpul berempat.Maklumlah jika sudah meningkat umur seperti sekarang, apa lagi yang menyeronokkan hati hanyalah pertemuan .Tidak lupa juga sebelum kami bersurai untuk pulang, acara bergambar adalah yang tidak pernah dilupakan untuk dijadikan kenang-kenangan.
Selalunya pertemuan yang dirancang tidak begitu menjadi, tetapi jika dibuat tanpa dirancang pertemuan dapat diadakan, itulah yang peliknya pada kami.Walau seringkas pertemuan ini kami tetap seronok kerana dapat berjumpa melepaskan kerinduan setelah sekian lama tidak bertemu.Semoga pertemuan begini kerap diadakan lagi demi mengerat dan mengukuhkan tali persahabatan yang kian lama terjalin.Terima kasih pada Roslan Khairuddin, Amiruddin Mat Som @ Jaja dan Zuraidah Jaafar yang sanggup meluangkan masa untuk kita bercapati.Nampaknya hanya kita berempat yang berdekatan dan dapat berjumpa selalu disini dan dharapkan suatu hari nanti sahabat-sahabat kita dari Teluk Intan seperti Azidin Arifin, Adam Mustafa serta yang lainnya jika berkesempatan bersama-sama kami bercapati di sini.
TOKWAN MATARUN ....
No comments:
Post a Comment