Sunday, January 23, 2011

Pertemuan di Capati Corner


Pada petang 6.1.2011 jam 5.30 petang kami berempat bertemu di Capati Corner, Simpang Chenderiang , Temoh, Tapah, tak sangka-sangka Roslan mengajak kami makan capati di situ, setelah lama kami tidak makan capati bersama-sama.Mujurlah Jaja dan Zu dapat hadir bersama, selalunya susah nak berjumpa serentak kerana terlibat dengan urusan masing-masing.Seronok rasanya sambil makan dan minum, kami sempat bersembang-sembang, disamping itu sesekali bergurau senda.
 
 
Seperti biasa disebabkan terlewat kami tidak dapat merasa kari daging kambing, cuma yang tinggal hanyalah kuahnya sahaja, namun itu bukan jadi masalah kerana ayam masala, kuah dal, kuah kari kambing dan kuah sardin masih boleh dijadikan kuah capati, apa yang pentingnya kami dapat berkumpul berempat.Maklumlah jika sudah meningkat umur seperti sekarang, apa lagi yang menyeronokkan hati hanyalah pertemuan .Tidak lupa juga sebelum kami bersurai untuk pulang, acara bergambar adalah yang tidak pernah dilupakan untuk dijadikan kenang-kenangan.

 
Selalunya pertemuan yang dirancang tidak begitu menjadi, tetapi jika dibuat tanpa dirancang pertemuan dapat diadakan, itulah yang peliknya pada kami.Walau seringkas pertemuan ini kami tetap seronok kerana dapat berjumpa melepaskan kerinduan setelah sekian lama tidak bertemu.Semoga pertemuan begini kerap diadakan lagi demi mengerat dan mengukuhkan tali persahabatan yang kian lama terjalin.Terima kasih pada Roslan Khairuddin, Amiruddin Mat Som @ Jaja dan Zuraidah Jaafar yang sanggup meluangkan masa untuk kita bercapati.Nampaknya hanya kita berempat yang berdekatan dan dapat berjumpa selalu disini dan dharapkan suatu hari nanti sahabat-sahabat kita dari Teluk Intan seperti Azidin Arifin, Adam Mustafa serta yang lainnya jika berkesempatan bersama-sama kami bercapati di sini.
 
TOKWAN MATARUN ....

CAPATI CORNER TEMOH

Capati Corner di Simpang Chenderiang, Temoh
Tapah

Adakalanya selera makan tidak menentu, tambahan tinggal di Malaysia pelbagai makanan yang boleh kita rasa dari pelbagai jenis juadah makanan masakan kaum Melayu, Cina, India dan juga makanan dari kaum-kaum lain.Makanan yang aku gemar selain menu masakan orang Melayu adalah capati, entah mengapa sejak umur ku 15 tahun aku menggemari makan capati, mungkin kerana semasa aku tinggal di asrama dahulu berdekatan dengan rumah seorang kaum Sikh dan anak gadisnya selalu memberi aku capati.
 
 
Aku selalu ke  Simpang Chenderiang, Temoh untuk menikmati capati.Sekiranya kawan-kawan ada bertandang ke Bidor tidak lupa juga aku akan membawa mereka merasai capati ditempat yang aku selalu makan dan jika aku pergi kemana-mana melalui jalan tersebut, tidak pernah rasanya aku tidak singgah untuk merasai makanan yang aku gemari ini.
 
 
Ada juga sekali sekala aku pergi ke Capati Corner ini disebelah malam untuk mengisi perut ataupun sahaja kesana bersama rakan-rakan sambil berbual-bual, Begitu jugalah jika ada kelapangan di waktu  petang atau dihari cuti aku kesana untuk melepaskan rasa keinginanku makan capati.Selalu juga aku bawa pulang sebagai bekalan untuk jiran tetangga ku disini.Oleh itu sekiranya ada kawan-kawan yang berhajat untuk mengunjungi kawasan Bidor atau Tapah, ayuh sahaja menghubungi aku, boleh kita makan capati...
 
 
 
 
TOKWAN MATARUN ....